Sunday, 23 December 2012
AL-FATIHAH
salam..
Apabila daku melihat youtube ini, terasa pilu dan sedih. Terasa kehilangan seorang tokoh AGAMA yang agung. Apakah daya ALLAH lebih menyayangi beliau. Ada khidmah kehilangan beliau, yang mana juruterbang yang membawa jenazah beliau telah memeluk islam. Sepanjang membawa jenazah awan yang mendung telah menutupi kapal terbang itu daripada terkena pancaran cahaya matahari. Itu lah satu tanda kekuasaan ALLAH kepada hambaNYA yang beriman. Semoga kita bertaqwa. Jika kita bertaqwa ALLAH akan melindungi kita hingga hari akhirat.
Siapakah beliau yang aku maksudkan????????jika nak tahu..silalah lihat youtube yang aku linkkan~__~
AL-FATIHAH..moga beliau berada ditempat orang-orang yang soleh..amin..
Posted by sangkala hijau at 10:11 0 comments
SELAWAT SYIFA'
Salam kengkawan..
Marilah kita selawat Syifa' dengan menonton youtube yang saya link kan.. Moga kita dapat pahala daripada ALLAH TAALA...~__~
Posted by sangkala hijau at 09:53 0 comments
SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT~__~
1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Tebal, tidak tipis atau jarang sehingga menampakkan apa yang dtutup.
3. Pakaian tersebut sendiri bukanlah perhiasan atau kemegahan yang berwarna terang dan menarik perhatian.
4. Longgar tidak ketat sehingga membentuk sendi-sendi tubuh seseorang muslimah dan menampakkan tempat-tempat yang mendatangkan fitnah.
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian kebiasaan lelaki.
6. Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir.
7. Tidak boleh disapu wangian sehingga menarik dan memberi kesan kepeda kaum lelaki.
Posted by sangkala hijau at 09:34 0 comments
PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG~__~
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.(THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
Posted by sangkala hijau at 09:31 0 comments
RUKUN SEMBAHYANG
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Posted by sangkala hijau at 09:18 0 comments
SYARAT SAH SEMBAHYANG
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Posted by sangkala hijau at 09:14 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
