BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 16 December 2012

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :


” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tanganyang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.( Riwayat muslim )

Jadi ringan2kanlah tangan kita untuk memberi sedekah walaupun dalam kadar yang kecil..Bukan hanya wang ringgit atau harta benda yang boleh di buat sedekah tapi tenaga atau pun senyuman dah kira sedekah janji kita ikhlas..


Sabda rasulullah SAW:”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”


Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.

Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan.
Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.



0 comments: