BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 23 December 2012

KATA-KATA PEDOMAN



Sesungguhnya kita akan mati. Tidak kira tua atau muda, bila-bila masa ALLAH boleh menarik nyawa kita. Aku disini nak pesan diri sendiri dan kengkawan. Marilah kita bersiap diri dengan mengumpul segala amalan-amalan yang baik. Moga kita ditempatkan di Syurga yang ALLAH janjikan.

Kita kena ingat hanya 3 amalan sahaja yang akan dibawa di akhirat kelak iaitu:

1) Amalan seharian kita.
2) Anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan IBU BAPANYA ketika mati.
3) Amal jariah kita.

Aku nak tanyaa laaa..Jika kita student. Agak-agak no.2 yang dinyatakan diatas ada tak lagi kat kita. Mesti tak ada lagi kan. Dah laa tengah dok mengaji. Calon bini pon tak ada. erm... Jika kita mati sekarang. Adakah amalan seharian kita dah cukup kita masuk syurga. Mesti belum kan. Erm.. Aku tulis pon terasa takot. Kalau aku mati sekarang, aku terasa bukan tempat aku di syurga.

Erm.. Itu pentingnya kita perlu muhasabah diri tiap-tiap hari. Lepas kita lakukan sesuatu dengan harapan kita akan lakukan yang lebih baik daripada semalam dengan melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA. AMIN..~__~



AL-FATIHAH

salam..

Apabila daku melihat youtube ini, terasa pilu dan sedih. Terasa kehilangan seorang tokoh AGAMA yang agung. Apakah daya ALLAH lebih menyayangi beliau. Ada khidmah kehilangan beliau, yang mana juruterbang yang membawa jenazah beliau telah memeluk islam. Sepanjang membawa jenazah awan yang mendung telah menutupi kapal terbang itu daripada terkena pancaran cahaya matahari. Itu lah satu tanda kekuasaan ALLAH kepada hambaNYA yang beriman. Semoga kita bertaqwa. Jika kita bertaqwa ALLAH akan melindungi kita hingga hari akhirat.

Siapakah beliau yang aku maksudkan????????jika nak tahu..silalah lihat youtube yang aku linkkan~__~

AL-FATIHAH..moga beliau berada ditempat orang-orang yang soleh..amin..




SELAWAT SYIFA'


Salam kengkawan.. 

Marilah kita selawat Syifa' dengan menonton youtube yang saya link kan.. Moga kita dapat pahala daripada ALLAH TAALA...~__~






SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT~__~



1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 

2.  Tebal, tidak tipis atau jarang sehingga menampakkan apa yang dtutup. 

3.  Pakaian tersebut sendiri bukanlah perhiasan atau kemegahan yang berwarna terang dan menarik perhatian. 

4.  Longgar tidak ketat sehingga membentuk sendi-sendi  tubuh seseorang muslimah dan menampakkan tempat-tempat  yang mendatangkan fitnah. 

5.  Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian kebiasaan lelaki. 

6.  Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir. 

7.  Tidak boleh disapu wangian sehingga menarik dan memberi kesan kepeda kaum lelaki.



PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG~__~


Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

1. Batal Wuduk.

2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).

3. Terbuka Aurat.

4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.

5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.

6. Tertawa Terbahak-bahak.

7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.

8. Berubah Niat.

9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.

10. Meninggalkan rukun Sembahyang.(THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

RUKUN SEMBAHYANG


Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

SYARAT SAH SEMBAHYANG


Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-

1. Sesudah masuk waktu sembahyang.

2. Menghadap ke arah Kiblat.

3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).

4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.

5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

SYARAT-SYARAT BERTTAUBAT~__~



Syarat-syarat Taubat :
1. Meninggalkan dosa tersebut. Ibnul-Qoyyim berkata: ”Taubat mustahil terjadi, sementara         dosa tetap dilakukan”.

2. Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.

3. Berazzam untuk tidak mengulangi lagi. Ibnu Mas’ud berkata: ”Taubat yang benar adalah: Taubat dari kesalahan yang tidak akan diulangi kembali, bagaikan mustahilnya air susu kembali pada kantong susunya lagi.”

4. Mengembalikan kedzaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk diha-lalkan. Imam Nawawi berkata: ”Diantara syarat taubat adalah mengembalikan kedzoliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalakan”.

5. Ikhlash. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dengan ikhlash”. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. At Tahrim [66]: 8 ). Yang dimaksud taubat yang murni adalah taubat yang ikhlash.

6. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:

- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat.

Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” (QS. An-Nisaa [4]: 18).

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakarotul-maut” (HR. Tirmidzi).

Sunday, 16 December 2012

NAMA-NAMA NERAKA


Nama-nama Neraka dan Calon Penghuninya

1.       Neraka Jahanam,calon Penghuninya : 
-     Orang-orang munafik
-     orang Kafir
-     Orang durhaka
-     Orang yg mengikuti ajaran setan
-     Orang yg menghadap tuhan,dalam keadaan berdosa
-     orang yg enggan mengeluarkan Zakat
2.      Neraka Jahiim,calon penghuninya : 
-     Orang yg mendustakan ayat ALLAH SWT
-     pendurhaka
-     Orang yg berusaha menentang Ayat ALLAH SWT
3.            neraka Hawiyah,calon penghuninya :
         -     orang yg lebih banyak dosanya dibanding kebaikannya

4.      Neraka Wail,calon Penghuninya : 
         -     orang yg menerima timbangan dari orang lain meminta dipenuhi,namun menimbang untuk orang lain,mereka mengurangi
5.      Neraka Sair ,calon penghuninya : 
-     Orang yg memakan harta anak yatim
-     orang yg tidak mengikuti petunjuk ALLAH SWT
-     orang kafir
-     Orang yg terpedaya oleh setan
-     Orang yg menyimpang dari perintah ALLAH SWT
-     orang yg tidak beriman kepada ALLAH SWT,dan Rasul-NYA

6.      neraka Ladho , calon penghuninya : 
          -     orang yg berpaling dari agama,dan menimbun kekayaan tanpa Mengeluarkan zakat 

7       .Neraka Saqor , calon penghuninya : 
           -      orang yg semasa hidupnya ,tidak pernah sholat,tidak pernah memberi makan orang miskin,suka membicarakan kebathilan,dan mendustakan Hari pembalasan

8.      Neraka huthomah,calonnya :
-        orang yg suka mengumpat,mencela,dan berprasangka buruk,

NAMA-NAMA SYURGA




Nama-nama Surga dan Calon Penghuninya

1.       Surga Firdaus,diciptakan oleh allah SWT,dari emas,penghuninya:

a.   orang yg memelihara sholat dan senantiasa khusyuk.

b.   orang yg meninggalkan pekerjaan yg sia-sia.

c.   orang yg membayar zakat.

d.   orang yg menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istrinya.

e.   orang yg memlihara amanta dan menepati janji.

2.      Surga Adn,Diciptakan dari intan putih,penghuninya :

a.   orang mengerjakan kebaikan karena Allah ta'ala.

b.   orang yg benar-benar,beriman dan beramal sholeh.

c.   orang yg banyak berbuat baik.

d.   orang yg sabar dan senantiasa menginfakkan hartanya.

3.      Surga Na'im,diciptakan dari perak putih, penghuninya :

a.   orang yg beriman dan beramal sholeh

b.   orang yg bertaqwa.

4.      Surga Ma'wa,diciptakan dari Zamrut hijau, Penghuninya :

a.   orang yg bertaqwa Kepada allah Swt.

b.   orang yg benar-benar beriman dan beramal soholeh.

c.   orang yg takut dengan kebesaran Allah Swt dan menjaga hawa Nafsu buruk.

5.      Surga Darussalam,diciptakan dari yakut Merah,calonnya:

a.   orang yg kuat iman dan islam.

b.   orang yg mengamalkan ayat-ayat al quran,dalam kehidupn sehari-hari.

6.      Surga Darul Muqomah,diciptakan dari permata Putih,calonnya :

a.   orang yg kebaikannya lebih banyak dari pada Kejahatannya.

7.      Surga Al Maqoomul Amiin,diciptakan dari emas,calonnya

a.   orang yg benar-benar bertaqwa kepada Allah Swt.

8.      Surga khuldi.diciptakan dari marjan merah dan kuning,calonnya :

a.   orang yg menaati perintahNya,dan menjauhi larangannya.

NAMA – NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

NAMA – NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Nama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :

1) Malaikat Jibril = tugasnya Menyampaikan wahyu


2) Malaikat Mikail = tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan


3) Malaikat Israfil =  tugasnya Meniupkan Sangkakala


4) Malaikat Izrail =  tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup


5) Malaikat Raqib = tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia


6) Malaikat Atid =  tugasnya Mencatat amal keburukan manusia


7) Malaikat Munkar =  tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )


8) Malaikat Nakir =  tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )


9) Malaikat Malik =  tugasnya Menjaga pintu neraka


10) Malaikat Ridwan = tugasnya Menjaga pintu Syurga

Ugama Islam



-ISLAM adalah ugama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. 


yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali

 

darinya.

-Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa, 


manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang bangsa 


dan ugama yang mengamalkan pelbagai bahasa, budaya, pakaian dan adat resam.


-Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah diberitakan 


bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul yang wajib diketahui adalah

 

seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad s.a.w.


-Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad s.a.w di 


sisiNya.

RUKUN IMAN



Rukun Iman ada enam (6) perkara :


(1) Beriman kepada ALLAH SWT

(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat

(3) Beriman kepada Kitab-kitab

(4) Beriman kepada Rasul-rasul

(5) Beriman kepada Hari Kiamat

(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


RUKUN ISLAM


Rukun Islam ada lima (5) perkara :


(1) Mengucap dua kalimah syahadat


(2) Sembahyang lima waktu


(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan


(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)


(5) Menunaikan zakat



BERZIKIR

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:


1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah3. Dimurahkan ruang rezekinya4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni5. Menghidup dan menjernihkan hati.6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik 9. Bersedia untuk hidup penuh berani10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.


Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud:

‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’


Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW:

“Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi


Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: 

“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :


” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tanganyang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.( Riwayat muslim )

Jadi ringan2kanlah tangan kita untuk memberi sedekah walaupun dalam kadar yang kecil..Bukan hanya wang ringgit atau harta benda yang boleh di buat sedekah tapi tenaga atau pun senyuman dah kira sedekah janji kita ikhlas..


Sabda rasulullah SAW:”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”


Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.

Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan.
Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.



Tanda-tanda bersyukur kepada Allah




-Menggunakan nikmat dengan cara yang baik


-Menggunakan nikmat Allah dengan baik


-Mematuhi suruhan dan larangannya

-Mengadakan hubungan baik sesama manusia

-Memelihara dan memulihara alam dengan baik

-Menggunakan rezeki pd jln yg diredai

-Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T

-Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T

-Menyayangi pemberian Allah.

-Patuh dan taat perintah Allah S.W.T

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!


Allah Itu Matlamat Kita

Al Quran Itu Pedoman Kita

Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita

Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita


Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak 

mampu  memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi 

teruskanlah usaha  demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah 

adalah kejayaan yang paling  besar -Srikandi Jilbab

Tiga Cara Bersyukur Kepada ALLAH

”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” QS. An-Nahl : 18

Bersyukur merupakan salah satu kewajiban setiap orang kepada Allah. Begitu wajibnya bersyukur, Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa salam yang jelas-jelas dijamin masuk surga, masih menyempatkan diri bersyukur kepada Allah.
Dalam sebuah Hadits disebutkan, Rasulullah selalu menunaikan shalat tahajud, memohon maghfirah dan bermunajat kepada-Nya.
Seusai shalat, Nabi berdoa kepada Allah hingga Shalat Subuh.

Bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan pikiran.
Bersyukur atas nikmat Allah berarti berterima kasih kepada Allah karena kemurahan-Nya.
Dengan kata lain, bersyukur berarti mengingat Allah yang Mahakaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.

Para ulama mengemukakan tiga cara bersyukur kepada Allah, iaitu :

>> Pertama, bersyukur dengan hati nurani.

Kata hati alias nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah. Dengan detak hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyadari seluruh nikmat yang kita peroleh setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari Allah.
Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat-Nya.


>> Kedua, Bersyukur dengan ucapan.

Lidahlah yang biasa melafalkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah.
Dalam sebuah hadits, Rasulullah bersabda :
”Barangsiapa mengucapkan subhanallah, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca la ilaha illallah, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca alhamdulillah, maka baginya 30 kebaikan.”


>> Ketiga, Bersyukur dengan perbuatan.

Yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif.
Menurut Imam Al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimalkan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki.
Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita.

Lidah, misalnya hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.

Allah Ta'ala berfirman (artinya) :
”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (QS. Adh-Dhuhaa [93] : 11)


Demikianlah postingan singkat tentang Tiga Cara Bersyukur Kepada Allah dan semoga kita termasuk orang yang senantiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Semoga bermanfa'at...!!!

CARA-CARA BERSYUKUR

CARA-CARA BERSYUKUR:


HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat

LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmatTUBUH BADAN -CARA-CARA 


BERSYUKURHATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmatLIDAH - Mengucap 


Alhamdulillah ketika mendapat nikmat


TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan


- Kita sebagai manusia yang berada diatas bumi ALLAH ini perlu bersyukur diatas pemberian nikmat 

yang ALLAH berikan. Oleh itu, setiap tindakan kita ingatlah pada ALLAH TAALA. Dengan cara 

mematuhi segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.