BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 23 December 2012

KATA-KATA PEDOMAN



Sesungguhnya kita akan mati. Tidak kira tua atau muda, bila-bila masa ALLAH boleh menarik nyawa kita. Aku disini nak pesan diri sendiri dan kengkawan. Marilah kita bersiap diri dengan mengumpul segala amalan-amalan yang baik. Moga kita ditempatkan di Syurga yang ALLAH janjikan.

Kita kena ingat hanya 3 amalan sahaja yang akan dibawa di akhirat kelak iaitu:

1) Amalan seharian kita.
2) Anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan IBU BAPANYA ketika mati.
3) Amal jariah kita.

Aku nak tanyaa laaa..Jika kita student. Agak-agak no.2 yang dinyatakan diatas ada tak lagi kat kita. Mesti tak ada lagi kan. Dah laa tengah dok mengaji. Calon bini pon tak ada. erm... Jika kita mati sekarang. Adakah amalan seharian kita dah cukup kita masuk syurga. Mesti belum kan. Erm.. Aku tulis pon terasa takot. Kalau aku mati sekarang, aku terasa bukan tempat aku di syurga.

Erm.. Itu pentingnya kita perlu muhasabah diri tiap-tiap hari. Lepas kita lakukan sesuatu dengan harapan kita akan lakukan yang lebih baik daripada semalam dengan melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA. AMIN..~__~



0 comments: