BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 20 November 2012

AKU INGIN!!!!!



salam semua...~__~

Disini saya ingin berkongsi sesuatu. Kenapa kita suka menyebut perkataan"aku ingin". Dari kecil hinggalah kita menjadi seorang yang matang dan baligh perkataan " aku ingin" tidak terlepas dari bibir kita sendiri.

masa kita kecil

anak: mak..adik ingin mainan tuu!!!beli laa..
mak: nanti mak belikan yee..
anak: nak jugak..nak jugak!!
mak: yee laa..yee laa..mak belikan..


lantas ibu membeli apa yang anak inginkan. Kasih ibu tidak berbelah bahagi. Apa yang anak inginkan, ibu terus membeli. Ibu tidak sanggup melihat anaknya sedih jika tidak mendapat sesuatu yang anak inginkan. Hebatkan kasih ibu. Ibu lah segala-galanya.

masa kita dewasa.

anak: mak..adik ingin moto tu mak!!beli laa mak..
mak: erm..nanti mak belikan yee..
anak: nak jugak..nak jugak!!!kalau tidak adik lari dari rumah.
mak: yee laaa..yee laa..mak belikan...


Lantas ibu terpaksa memikirkan bagaimana ingin membeli moto yang anaknya inginkan. Semakin kita membesar keinginan kita juga besar. Kita tidak fikir tentang orang lain terutama ibubapa kita. Selagi kita tidak dapat, selagi itulah kita akan memberontak, sehinggalah keinginan kita tercapai. 

Sedar tak sedar, kita juga akan merasai hari tua yang mana kita juga akan merasai apa yang ibu kita rasai. Hebatkan kitaran alam. ALLAH maha ADIL keatas maklukNYA. Oleh itu, kita patut bersyukur apa yang kita dapat daripada ibubapa. Selagi mereka hidup, berbuat jasalah keatas mereka dan membalas budi keatas mereka setakat mana yang kita mampu. Jika Ibubapa kita tiada, jangan sampai kita akan menyesal atas perbuatan yang kita lakukan. Ini kerana, Ibubapa juga ingin sesuatu daripada kita sebagai anak. Iaitu doa seorang anak yang soleh jika kedua  ibubapa kita mati, keinginan seorang ibupaba lagi besar daripada keinginan seorang anak. Cuba fikirkan????????? wassalam~__~






0 comments: