BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 21 November 2012

MAKAN!!!!



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEKALIAN~__~

Hari in saya ingin membicarakan tentang makan. Adakah makan sangat penting dalam hidup kita???
kadang kala kita selalu mendengar orang berkata makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Perubahan ayat akan menyebabkan maknanya pun turut berubah. Indahnya bahasa kita kan. Adakah kita paham apa yang dimaksudkan. Cuba kita fikirkan????


1) makan untuk hidup= adalah ciri-ciri orang beriman yang paham kenapa kita diwujudkan diatas muka bumi ini.
2) hidup untuk makan= adalah bukan ciri-ciri orang yang beriman. Mereka ini lebih mementingkan dunia dan hawa nafsu. 


Apabila kita perhatikan, jika seseorang itu beriman pada ALLAH, dia akan berkata "makan untuk hidup bukan hidup untuk makan." Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan. Dia percaya ALLAH yang memberi rezeki kepadanya. Setiap cabaran yang ALLAH berikan adalah ujian dariNYA. ALLAH berfirman yang bermaksud

" Dan kami pasti uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira kepada orang yang sabar " { Surah al- Baqarah ayat 155}



Apabila seseorang yang hidup untuk hawa nafsunya, dia tidak mempudulikan soal halal dan haram. Dia akan makan apa sahaja yang dapat mengenyangkan perutnya. Soal keimanan dan kepercayaan tidak timbul dalam hatinya. Ini diterangkan oleh ALLAH menerusi FirmanNYA yang bermaksud:

" Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka "


kesimpulannya, marilah kita muhasabahkan diri, jangan menjadi makan itu segala-galanya untuk hidup. Jika kita ingat ALLAH. Kita akan makan kerana ALLAH. Kerana rezeki yang datang itu semua daripada ALLAH TAALA. Kita perlu bersyukur nikmat rezeki yang diberikan oleh ALLAH.





1 comments:

eNcikeSS said...

ummmm...betol3!! hidup untuk makan akan membuncitkan